Friday 12 October 2012

Latihan 2 (Penjodoh Bilangan)
 
Baris, cekak, genggam, hiris, jambangan, kaki, laras
naskhah, orang, papan, rangkap, sisir, tandan, ulas

1. Pak Cik Ahmad menyedekahkan beberapa ___________________ al-Quran kepada masjid.

2. Abang Nudi mengambil se____________ baja lalu ditaburkan di atas batas pokok kacang.

3. Beberapa _______________ almari di pusat sumber itu digunakan untuk meletakkan pelbagai jenis bahan bacaan.

4. Suasana menjadi bingit apabila sekumpulan penduduk membakar beberapa ___________________ mercun sempena Tahun Baru Cina.

5. Terdapat beberapa _______________ meriam lama di atas puncak Kota Melawati.

6. Mei Lan membawa se_____________ payung kerana cuaca kelihatan mendung.

7. Syaliza mempunyai se________________ abang yang tinggal di Kuala Lumpur.

8. Johan hanya memakan beberapa ______________ bacang kerana buah itu amat masam.

9. Mak Saerah membeli se____________ bayam untuk dimasak gulai lemak.

10. Shuhada menempah beberapa _______________ bunga untuk majlis hari lahir adiknya.

11. Pak Cik Jamal menebang beberapa _____________ pinang untuk dijual kepada peraih.

12. Nalysha berjaya menghasilkan beberapa ________________ pantun sebentar tadi.

13. Di dalam pinggan itu terdapat beberapa _____________ durian.

14. Ayah sedang memikul se______________ pisang.

15. Ayah memberikan dua _____________ pisang kepada jiran sebelah rumah.

4 comments:

  1. blog yang menarik, pasti pelajar suka belajar melalui blog ini

    ReplyDelete
  2. Latihan yang sesuai untuk murid.

    ReplyDelete
  3. Hello cikgu,
    Tahniah diatas penghasilan blog yang berinformasi dan ilmu yang amat bermanfaat. Bahan dalam blog cikgu boleh digunakan oleh guru dan murid dalam pembelajaran dan pengajaran. Teruskan cikgu. :)
    Terima kasih, cikgu!

    ReplyDelete